Caloplaca obamae

Caloplaca obamae ialah spesies kulampair dalam genus kulat Caloplaca. Caloplaca obamae merupakan spesies pertama dinamakan bersempena dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. C. obamae telah ditemui pada 2007 oleh Kerry Knudsen di Pulau Santa Rosa di California dan diterbitkan pada Mac 2009. Kerry Knudsen menyatakan dia memilih untuk memberi penghormatan kepada Obama atas "sokongannya pada sains dan pendidikan saintifik" dan menulis manuskrip untuk penerbitan spesies ketika masa antara pemilihan Obama dan pelantikannya.[1][2]Caloplaca obamae menyerupai dengan Caloplaca xanthostigmoidea.[2]